Wednesday 16 January 2013

Recent harvest

Greetings from Melaka...

Beberapa hari yang lepas husband beli daging segar di pasar. Seperti biasa, favourite husband daging kicap Sarawak. Sesiapa yang biasa masak kicap Sarawak mesti tahu ramuan rasmi yang perlu di masukkan dalam masakan ialah rempah ratus antara lain kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. So kali ni cuba untuk buat kelainan. Saya tidak menggunakan rempah ratus. Saya cuba masukkan daun lemon basil. Memang not bad. Masakan ada bau 'lemony' skit. Beberapa bulan lepas saya semai biji benih Lemon Basil yang dibeli dari Diana. Sekarang pokok dah besar. Dah cantas daun-daunya dan dah bagi pada kawan pun. Mula-mula tak berapa pasti nak gunakan daun ni untuk masakan yang macam mana.  Akhirnya bila pokok besar, beranikan diri juga cuba-cuba letak dalam masakan bila rasa sesuai...

Daging masak kicap Sarawak yang dah diubah suai. Dah tak boleh panggil daging kicap Sarawaklah kan. Barangkali daging masak kicap Melaka? ;)

Tak lengkap masakan kita kalau tiada sayur. Saya pun harvestlah skit sayur yang ada. Antaranya cili, daikon dan juga kangkung. Dalam simpanan di peti sejuk dah ada Pak Choi. So buat sayur campurlah. Kami berdua sahaja dengan anak seorang. So banyak ni sayur pun cukup dah. Rasanya saya harvest Daikon pun agak awal sikit. Curious sangat nak rasa. Bila dah masak, baru tahu agak pahit rasanya...





Semasa menyediakan bahan untuk menumis, puaslah cari halia. Jumpalah sedikit dalam peti ais. Tetapi agak dah kecut halianya dan rasa macam tak cukup je. Teringat ada tanam halia sebulan lalu. So seperti biasa due to curiosity, koreklah tanah. Suprisingly, dah ada halia. Agak besar saiznya. Teringat satu ketika penah terbaca kalau nak pokok besar dan berbunga serta nak halianya besar lagi, ambil halia setakat yang perlu sahaja dan biarkan pokok terus hidup. So saya pun potong sikit sahaja setakat cukup untuk memasak pada hari tersebut. 

Barulah tahu kepuasan menanam tanaman sendiri. Punyalah wangi bau halia tu...memang fresh sangat. Lepas ni tak payahlah saya beli di kedai lagi.

Alhamdulillah...syukur dengan rezeki yang ada... :)




4 comments:

  1. Sangat faham dengan rasa kepuasan menanam sendiri. Syukur sangat diberi kesedaran menanam sendiri.

    ReplyDelete
  2. Betul kak...bersyukur sangat..Tak sangka pun nak berjinak-jinak dengan bercucuk tanam...bila dah mula tak boleh nak stop ye kak

    ReplyDelete
  3. daikon rasa dia pahit ke? bukan macam radish lain?

    ReplyDelete
  4. Hai Shasha!My experience was pahitlah...not my fav sayur.hehe.Cubalah rasa. Who knows, maybe you akan suka.

    ReplyDelete