Salam hujung minggu...
Cuba lihat gambar-gambar ini. Ini pokok apa?
Jika Lavender yang diteka maka betullah jawapannya. Jumaat lalu saya dan ibu berkunjung ke nurseri greenlane di Sungai Buloh untuk satu tujuan. Mencari pokok Lavender. Mencari nurseri tersebut amat mudah, berpandukan direktori dari blogger-blogger. Pertama kali dalam hidup saya dapat menghidu bunga segar Lavender. Sememangnya sungguh distiktif haruman Lavender. Terus terang saya katakan harumannya kekal di minda dan amat menenangkan.
Seperti anak yang teruja dapat mainan baru begitulah saya apabila membawa tiga pohon Lavender pulang ke rumah. Melalui pembacaan, Lavender memerlukan tanah yang mempunyai pengaliran yang baik serta cuaca yang kering kerana akar dan dahan Lavender mudah reput sekiranya tanah terlalu lembap. Cuaca di Malaysia tahu sahajalah selalu hujan dan sememangnya high in humidity. Kita cubalah ya, mana tahu boleh hidup. Ketiga-tiga pokok dah pun saya pindahkan ke dalam pasu yang luas sedikit. Tanah yang digunakan pun saya guna tanah merah yang kering beserta batu-batu kecil. Mudah-mudahan hiduplah mereka ini :)
Di samping itu saya juga ada menyemai biji benih Lavender. Saja cuba-cuba. Tiga variety saya semai. Lavender spike, English Lavender dan juga Provence Lavender. Setakat ini hanya Lavender Spike sahaja yang germinate. Insyallah nanti saya update lagi mengenai usaha menanam Lavender ini. Mohon kongsi pengalaman jika ada menanam Lavender atau pernah cuba tanam Lavender ye.
Aidassecretgarden
Lavender Lynn kena attack bena. Dlm tanah sampai ke akar dia duduk.. lama2 pokok kering. Tanah tu Lynn buang terus sbb takut dia merebak ke pokok tanaman lain. Agaknya tanah terlalu lembab, sebab direct kena hujan.
ReplyDeleteBenih lavender beli kat mana and percentage germinate ok tak? just curious nk thu bg yang tanam lavender dgn cuaca Malaysia nie..=)
ReplyDeleteAslm..mcm mana pokok lavender tu..hope it s ok...i knw how it feels when pokok tak survive..:'(
ReplyDeleteAttempt to grow lavender failed :( germination rate also not so good. Seeds boleh beli dari miruku garden. I think our humid weather is not so suitable to grow them. But obviously bukan impossible, mungkin akan lebih berjaya kalau cuba create tempat yang sesuai untuk mereka grow. As for my experience tak pamper mereka sangat atas kekangan masa. Daun dan batang rot lama-lama pokok mati..maybe will try again in future. Mohon share if ada experience, boleh share tips :)
ReplyDeleteBestnya tanam2 lavendar, cantik!
ReplyDeleteA'kum kak...tumpang tnya kak...hidup tak semaian lavender akak tu...blh jualkn sikit benihnya kt saya tak...ni email saya alanpg2021@gmail.com...terima kasih kak...
ReplyDeletesy pun beli lavender kat sg buluh.. alhamdulillah setakat hari ni masih hidup n berbunga. sy cuma semai dgn patahkan je btgnya n alhamdulillah nampak pembesaranya dgn tumbuh daun baru =)
ReplyDeletesy ade share kat fb sy ctyartworks(ungulavender)
sy pun beli lavender kat sg buluh.. alhamdulillah setakat hari ni masih hidup n berbunga. sy cuma semai dgn patahkan je btgnya n alhamdulillah nampak pembesaranya dgn tumbuh daun baru =)
ReplyDeletesy ade share kat fb sy ctyartworks(ungulavender)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, saya masih mencari maklumat menanam lavender di malaysia. sebelum ini tak banyak maklumat, tetapi kebetulan terjumpa blog ini. Alhamduliilah! setakat ni saya ada lebih kurang dalam 10 anak pokok yang saya tanam dari biji benih bemula dari Bulan awal bulan Mei 2015. Cabaran utama iklim tropika ni 'Humidity'
ReplyDelete