Tuesday 27 August 2013

An update =)


Salam sejahtera...

Lama tak update blog...hari ni kena invigilate exam...sementara menunggu exam mula, punya masa sedikit, maka saya uploadlah gambar sedikit buat tatapan kawan-kawan ye...

Gambar telah diambil beberapa hari yang lalu...sekadar berkongsi ruang kebun yang bersepah. Bak kata diana 'cottage' garden. Definitely, full of various plants...

Pokok petola dah memanjat arch...Saya biarkan sahaja...asalkan mereka bahagia =)



Melingkar lagi...bunga nya takde juga...banyak sangat letak baja nitrogen agaknya..


Parsley....Syukur amat sihat...tetapi lentok sedikit kerana hujan...
Pepper mint juga menghijau...sebelum ni macam segan-segan nak hidup. Saya alih ke tanah..mulalah berani mengambil alih kebun...


Carrot bersama pokok tomato...tak ingat variety apa yang ditanam...harap-harap sihat..dapat menuai hasil dikemudian hari =)


Sebelum terlupa, ros kampung magenta mekar di kebun..





Selamat berkebun =)

Wednesday 17 July 2013

Sedikit update =)

Sedikit update berkenaan kebun saya...

Saya ada melakukan sedikit pembacaan mengenai cara terbaik untuk bercucuk tanam bagi memaksimumkan hasil tanaman...Antaranya berkenaan 'companion planting'. Baru- baru ini saya alihkan anak pokok terung saya, saya tanam mereka berhampiran dengan pokok kacang panjang. Pokok kacang panjang ini adalah generasi kedua. Bukan disemai oleh saya. Mereka tumbuh sendiri. Melalui benih yang kering di pokok. Saya pun sebenarnya tak perasan =) alih-alih ada 3 pokok. :) Ternyata kehadiran mereka sebelum ini amat membantu..pokok terung hidup subur..Daun amat hijau dan tidak putus-putus berbunga...Ini mungkin disebabkan tanah yang sesuai, kehadiran pokok kacang panjang telah regulate nitrogen dalam tanah. Maka hasilnya setakat ini amat memberangsangkan =) Adakala memang tak sempat main tanam je anak pokok yang ada...tapi kalau sempat buat pembacaan, saya akan cuba praktikan.dengan itu dapat lihat sendiri hasilnya =) 

Pokok kacang panjang mencari matahari =)



Saya alihkan 4 anak pokok. Satu agak besar dari yang lain.


Ini yang paling sihat...cukup makan :) kena matahari..


Tuaian selamat di buat nasi goreng untuk sahur...


Setiap hari akan dapat sedikit hasil..insyaAllah...

Sunday 26 May 2013

My babies...

 Hello everyone,

Meet my new babies...seeds were bought from Diana, Kebun Bahagia Bersama and Encik Iskandar, Tanam Sendiri. The former are seedlings of Summer Autumn Cabbages followed by Tomato Tigerella and I also sowed some seeds of Tomato Roma.



These are cuttings of Cekur Manis, also from Diana. Thanks Diana =) Hopefully they grow healthily.. I can't wait to transplant them.


These are seedlings of Terung and Cili =)




Spirit of Freedom Rose..
My garden so far... =)

Wednesday 22 May 2013

Carrot won my heart =)


Izinkan saya berkongsi dengan kalian tuaian minggu lepas dan minggu ini..tak banyak pun tuaian...tetapi amat bermakna buat pekebun baru ini =)

Beberapa bulan yang lalu saya ada mencari cutting 'sweet potato' dari nurseri di sini..mereka sangat baik..tak perlu dibeli katanya..diberikan sahaja. Walau bagaimanapun, pokoknya menjalar sangat dan terlalu bushy..saya mengambil keputusan mengemas tanah yang di tanam sweet potato untuk memberi laluan kepada tanaman lain...korek punya korek inilah hasilkan...ada jugakla hasilnya..masih babies mereka ini. Di sangkakan takkan ada ubi memandangkan saya kerap jugak memetik pucuknya untuk dibuat masak lemak...inilah yang dikatakan rezeki =) terus saya rebus makan dengan gula..dapatla kami anak beranak rasa bersama...







Semalam...saya melonjak kegembiraan seperti anak kecil. Mana taknya, lobak merah yang ditanam membuahkan hasil. Mula-mula memang amat sceptical..ntah ada ke tidak ubinya. Memang tidak boleh sabar dah, saya tuai jugak..di saat saya tarik daunnya, nampak ubi yang merah...memang Tuhan sahaja yang tahu...happy tak terkata...

 
Saiz memang tidaklah besar mana...pekebun tak sabar nak tengok hasil kan...untuk masa hadapan akan saya biarkan lama sedikit. Cuma masalahnya saya tidak ingat lobak ini adalah variety apa, mohon siapa-siapa boleh ID?Diana barangkali? =)) Adakah Topweight atau Western Red? Biji benih dibeli dari Diana, Kebun Bahagia Bersama. Next time boleh kita tanam lagi..memang bernas benihnya =)

 

Since saya nak rasa fresh lobak ni..saya pun blend buat jus.. sedap sungguh =)









 Ni pulak timun hasil hand pollination ...


Strawberry Hill Rose =)


Kebun saya so far =)





Wednesday 15 May 2013

My kebun so far =)

Lama saya tidak bersiaran...tak tahu nak update yang mana dulu...Kerja-kerja berkebun masih giat dilakukan. Cuma saya juga sibuk dengan kerja mengajar. Tak sempat untuk update blog...hari ni saya ada ambil beberapa gambar. Enjoylah ye =)

This is my kebun...amat serabut dengan macam-macam pokok..pokok bunga and sayur-sayuran..



Selingan sikit..semalam balik rumah, dapat surat dari Diana..biji benih dah sampai..yeay! Thank you Diana for the seeds and the extras as well =)


This is the strawberry plant I bought last year at a nearby nursery.  Tahun ni rajin berbunga =) tapi tak semua bunga menjadi buah...faham-faham sahajalah cuaca Melaka yang panas. Mother plant now have two babies =)



These are alpine strawberries... 


Roman lettuce with carrot...

 Okra...
 Pokok bunga ros di samping bunga telang...






Monday 28 January 2013

Cabbages

Tiga bulan lebih telah berlalu semenjak saya menyemai biji benih kobis. Semalam saya membuat keputusan untuk menuai kobis yang ditanam. Ada yang menjadi ada yang tidak. Tahu-tahu sahajalah cuaca di Melaka amatlah panas. Bagi yang mengeluarkan kepala kobis, ini pun agak-agak je sebab kepala kobis dah terasa sangat padat dan keras.

Saya ingat  semasa menyemai saya letak semaian di beberapa tempat di halaman rumah. Nak tengok tempat mana paling sesuai bagi tumbesaran kobis. Bila dah membesar, di alihkan pada plantter box, lupa nak tagging. So next time mesti efficient sikit. Mesti ditulis semuanya supaya tak lupa. 

Mesti keep track kalau tak macam mana nak improve kan? Be that as it may, I am a happy baby gardener. The harvested cabbages look so beautiful and fresh. Just like I predicted. They are really small. Just a bit bigger than a tennis ball =))

 Selamat dah separuh buat salad.



Aidassecret garden

Friday 25 January 2013

An unforgetable scent...


Salam hujung minggu...

Cuba lihat gambar-gambar ini. Ini pokok apa?





Jika Lavender yang diteka maka betullah jawapannya. Jumaat lalu saya dan ibu berkunjung ke nurseri greenlane di Sungai Buloh untuk satu tujuan. Mencari pokok Lavender. Mencari nurseri tersebut amat mudah, berpandukan direktori dari blogger-blogger. Pertama kali dalam hidup saya dapat menghidu bunga segar Lavender. Sememangnya sungguh distiktif haruman Lavender. Terus terang saya katakan harumannya kekal di minda dan amat menenangkan.

Seperti anak yang teruja dapat mainan baru begitulah saya apabila membawa tiga pohon Lavender pulang ke rumah. Melalui pembacaan, Lavender memerlukan tanah yang mempunyai pengaliran yang baik serta cuaca yang kering kerana akar dan dahan Lavender mudah reput sekiranya tanah terlalu lembap. Cuaca di Malaysia tahu sahajalah selalu hujan dan sememangnya high in humidity. Kita cubalah ya, mana tahu boleh hidup. Ketiga-tiga pokok dah pun saya pindahkan ke dalam pasu yang luas sedikit. Tanah yang digunakan pun saya guna tanah merah yang kering beserta batu-batu kecil. Mudah-mudahan hiduplah mereka ini :)

Di samping itu saya juga ada menyemai biji benih Lavender. Saja cuba-cuba. Tiga variety saya semai. Lavender spike, English Lavender dan juga Provence Lavender. Setakat ini hanya Lavender Spike sahaja yang germinate. Insyallah nanti saya update lagi mengenai usaha menanam Lavender ini. Mohon kongsi pengalaman jika ada menanam Lavender atau pernah cuba tanam Lavender ye.




Aidassecretgarden