Tuesday, 27 August 2013

An update =)


Salam sejahtera...

Lama tak update blog...hari ni kena invigilate exam...sementara menunggu exam mula, punya masa sedikit, maka saya uploadlah gambar sedikit buat tatapan kawan-kawan ye...

Gambar telah diambil beberapa hari yang lalu...sekadar berkongsi ruang kebun yang bersepah. Bak kata diana 'cottage' garden. Definitely, full of various plants...

Pokok petola dah memanjat arch...Saya biarkan sahaja...asalkan mereka bahagia =)



Melingkar lagi...bunga nya takde juga...banyak sangat letak baja nitrogen agaknya..


Parsley....Syukur amat sihat...tetapi lentok sedikit kerana hujan...
Pepper mint juga menghijau...sebelum ni macam segan-segan nak hidup. Saya alih ke tanah..mulalah berani mengambil alih kebun...


Carrot bersama pokok tomato...tak ingat variety apa yang ditanam...harap-harap sihat..dapat menuai hasil dikemudian hari =)


Sebelum terlupa, ros kampung magenta mekar di kebun..





Selamat berkebun =)

3 comments:

  1. Wah mesti ada at least 100 variety of plants in your garden.

    ReplyDelete
  2. hehe..tak tahula dah sampai 100 ke..rasa mcm belum..kene buat listlah lepas ni..

    ReplyDelete