Wednesday 17 July 2013

Sedikit update =)

Sedikit update berkenaan kebun saya...

Saya ada melakukan sedikit pembacaan mengenai cara terbaik untuk bercucuk tanam bagi memaksimumkan hasil tanaman...Antaranya berkenaan 'companion planting'. Baru- baru ini saya alihkan anak pokok terung saya, saya tanam mereka berhampiran dengan pokok kacang panjang. Pokok kacang panjang ini adalah generasi kedua. Bukan disemai oleh saya. Mereka tumbuh sendiri. Melalui benih yang kering di pokok. Saya pun sebenarnya tak perasan =) alih-alih ada 3 pokok. :) Ternyata kehadiran mereka sebelum ini amat membantu..pokok terung hidup subur..Daun amat hijau dan tidak putus-putus berbunga...Ini mungkin disebabkan tanah yang sesuai, kehadiran pokok kacang panjang telah regulate nitrogen dalam tanah. Maka hasilnya setakat ini amat memberangsangkan =) Adakala memang tak sempat main tanam je anak pokok yang ada...tapi kalau sempat buat pembacaan, saya akan cuba praktikan.dengan itu dapat lihat sendiri hasilnya =) 

Pokok kacang panjang mencari matahari =)



Saya alihkan 4 anak pokok. Satu agak besar dari yang lain.


Ini yang paling sihat...cukup makan :) kena matahari..


Tuaian selamat di buat nasi goreng untuk sahur...


Setiap hari akan dapat sedikit hasil..insyaAllah...

3 comments:

  1. Memang subur btl pokok terung tu. Blh cuba info tu nnt. T.q 4sharing. :)

    ReplyDelete
  2. sama-sama =)Bolehlah cuba lepas ni..

    ReplyDelete
  3. Wah suburnya pokok terung dan kacang Aida.

    ReplyDelete