Wednesday, 22 May 2013

Carrot won my heart =)


Izinkan saya berkongsi dengan kalian tuaian minggu lepas dan minggu ini..tak banyak pun tuaian...tetapi amat bermakna buat pekebun baru ini =)

Beberapa bulan yang lalu saya ada mencari cutting 'sweet potato' dari nurseri di sini..mereka sangat baik..tak perlu dibeli katanya..diberikan sahaja. Walau bagaimanapun, pokoknya menjalar sangat dan terlalu bushy..saya mengambil keputusan mengemas tanah yang di tanam sweet potato untuk memberi laluan kepada tanaman lain...korek punya korek inilah hasilkan...ada jugakla hasilnya..masih babies mereka ini. Di sangkakan takkan ada ubi memandangkan saya kerap jugak memetik pucuknya untuk dibuat masak lemak...inilah yang dikatakan rezeki =) terus saya rebus makan dengan gula..dapatla kami anak beranak rasa bersama...







Semalam...saya melonjak kegembiraan seperti anak kecil. Mana taknya, lobak merah yang ditanam membuahkan hasil. Mula-mula memang amat sceptical..ntah ada ke tidak ubinya. Memang tidak boleh sabar dah, saya tuai jugak..di saat saya tarik daunnya, nampak ubi yang merah...memang Tuhan sahaja yang tahu...happy tak terkata...

 
Saiz memang tidaklah besar mana...pekebun tak sabar nak tengok hasil kan...untuk masa hadapan akan saya biarkan lama sedikit. Cuma masalahnya saya tidak ingat lobak ini adalah variety apa, mohon siapa-siapa boleh ID?Diana barangkali? =)) Adakah Topweight atau Western Red? Biji benih dibeli dari Diana, Kebun Bahagia Bersama. Next time boleh kita tanam lagi..memang bernas benihnya =)

 

Since saya nak rasa fresh lobak ni..saya pun blend buat jus.. sedap sungguh =)









 Ni pulak timun hasil hand pollination ...


Strawberry Hill Rose =)


Kebun saya so far =)





10 comments:

  1. tumpang teruja tgk lobak. luas kawasan rumah aida. pastinya mcm2 boleh tanam

    ReplyDelete
  2. Happy awin tumpang teruja :) tanah agak luas awin, tapi dah ditanam rumput carpet kan. Bawahnya pulak dah berpasir, kalau digali tanahnya, tanah pulak berbatu. Kadang2 tak larat tu yg saya tanam dalam pasu juga..

    ReplyDelete
  3. Ada belakang tu awin..kecil je..tapi nak kena improve sikit...nanti nak buat lagi awin...mmg ada plan..belum ada masa je lagi...buat mase ni... dlm pasu lah.. ;)

    ReplyDelete
  4. but belakang tu more like a plantter box la =)

    ReplyDelete
  5. Sweet Potato warna putih selalu hemar rebus masak lemak putih bersama pucuk nya.
    Topweight maybe?
    Wah best tuaian fresh carrot.
    Cantik arch tak lama lagi penuh dengan roses?

    ReplyDelete
  6. Lobak tu mcm variati imperator tp type nya sy tak tahu.

    ReplyDelete
  7. sis nak tanya.. mana beli tempat memanjat tu (arch tu) cantik2 laa

    ReplyDelete
  8. Custom & T-Shirt for Citizen Eco Drive Titanium Watch
    Buy suppliers of metal Custom & T-Shirt for Citizen Eco titanium earrings Drive Titanium Watch for premium wear titanium 3d printing and tear from rocket league titanium white our new, customized T-Shirts. Available in titanium damascus knives two colors: Black, Brown,

    ReplyDelete